Teenagers Story!


100% Copyright by Gadis Tanpa Nama
Powered by Blogger.
Perasaan

Ada orang pernah cakap dekat saya yang bertapa susahnya kita nak berkawan dengan orang yang kita pernah ada perasaan dengan dia sebelum nie mahupun berkawan dengan orang yang kita tahu dia ada menyimpan perasaan dekat kita. Bila dah rasa dekat batang hidung sendiri barulah nak terasa sakit si hati nie. Mungkin apa yang berlaku nie semua ada hikmahnya. Mungkin pada zaman kenakalan saya dulu saya banyak sangat mengusik dan menyakiti banyak hati si Adam di luar sana. 

Dunia nie macam roda. Sekejap kita dekat atas, sekejap kita dekat bawah. Semua orang akan rasa keadaan itu. Dulu saya menyakiti seorang lelaki yang menyukai saya dan sekarang saya mengharungi sesuatu dugaan di mana saya di uji untuk berkawan semula dengan lelaki yang bagi saya pernah singgah di hati saya tetapi persinggahan dia cuma sekejap sahaja sebab dia ternyata menyintai wanita lain.

Perasaan berkehendakan lelaki itu mungkin sudah tiada dalam kamus hidup saya lagi sebab bagi saya mungkin Allah menjauhkan saya dengan dia bersebab. Mungkin dia manusia yang tak akan pernah sesuai dengan saya kan :) lagi pun ciri ciri menantu yang ibu inginkan mungkin tidak ada pada dia . who knew.




Saya cuma harap perasaan sayang saya pada lelaki itu setakat sahabat dan sesama manusia sahaja. Tak akan lebih dari itu :)

In shaa Allah . Doakan . 





Older Post | Newer Post