Teenagers Story!


100% Copyright by Gadis Tanpa Nama
Powered by Blogger.
Fact About Hari Guru :)


1. Hari Guru disambut setiap 16 Mei setiap tahun. Tak kiralah hujan, panas, ribut, petir ia tetap akan disambut.
2. Sambutan hari guru dilakukan oleh cikgu sendiri. Tiada pihak PPD atau Kementerian yang turun ke sekolah menyediakan pentas khas macam meraikan hari pekerja, hari ibu atau hari persandingan.
3. Hari guru bukan cuti umum. Ia di sambut di sekolah masing-masing. Ada sesetengah sekolah tidak menyambutnya lantaran dari sikap ibu-bapa yang tidak bersetuju diadakan sambutan hari guru. Alasannya, anak-anak mahu ke sekolah untuk belajar bukan meraikan guru.
4. Guru menyambut hari guru dengan duit mereka sendiri. Majlis jamuan yang dibuat di hotel-hotel atau di kantin sekolah adalah duit yang dikumpulkan oleh guru-guru mealui kutipan derma paksa rela atau seikhlas hati.
5. Hari guru bukan sahaja ditujukan kepada cikgu. Semua orang yang ada tugas menyampaikan ilmu boleh saja menyambutnya termasuklah pensyarah, tenaga pengajar, trainer, ustaz, ustazah, burung gagak, ikan paus dan sebagainya.
6. Hadiah hari guru paling berharga bagi seorang guru ialah kejayaan anak-anak didiknya. Cikgu akan meleleh air mata bila ada seorang menteri datang sekolah sambil mengucup tangan cikgu dan berkata “terima kasih cikgu sebab mendidik saya sampai jadi menteri”.
7. Guru adalah satu-satunya profession yang ada lagu sendiri. Jadi setiap tahun lagu Guru Malaysia akan dinyanyikan dengan penuh semangat di hari guru.



Older Post | Newer Post