Teenagers Story!


100% Copyright by Gadis Tanpa Nama
Powered by Blogger.
Sayang Yang Bukan Sayangku :')


Awak .. Pernah tak awak merasa satu ketika , awak ditemukan dengan seseorang yang benar-benar satu kepala dengan awak , sehingga awak merasa dia sebagai teman sejiwa awak , tapi awak harus merasakan penderitaan yang teramat sangat kerana bagaimanapun "dia bukan untukmu" ?
Awak.. Pernah tak awak ingin menangis sekuatnya dan membiarkan seluruh dunia mengetahui betapa dalamnya luka di hati awak  ketika ‘dia yang bukan untukmu’ bagaimanapun juga tak akan boleh awak lenyapkan dari hati dan fikiran awak ?
Awak .. Pernah tak awak ingin berteriak melepas semua beban dari hati awak namun ‘dia yang bukan untukmu’ itu berada semakin kuat dalam hati awak ?
Awak .. Pernah tak awak rasa awak sangat sangta merindukan dia , bahkan dalam tidur awak masih dan tetap merindukannya walaupun hampir setiap hari awak tahu awak boleh berjumpa dengan ‘dia yang bukan untukmu’ itu?
Awak .. Pernah tak awak  terus dan terus berusaha untuk menjaga hati awak dan mengisi relung jiwa awak dengan terus ‘taqarrub Ilallah’ kerana walaupun awak sedar bahawa semua ini telah digariskan oleh Allah Tuhan Sekalian Alam sebagai ujian bagi awak , kerana Dia teramat menyayangi awak ?
Untukmu ‘sayang yang bukan sayangku’, saat saya tengah bergelut untuk lebih kaffah memasuki dan menjalankan ajaran agama saya , saat saya berusaha menyalakan kembali ghirah keIslaman saya yang sempat redup..
awak  datang pada saya membawa kesejukan , membawa semangat perjuangan untuk saya sehingga kebimbangan tak lagi menyerang dan perlahan menyingkir dari saya .
Wahai ‘sayang yang bukan sayangku’ , namun mengapa awak datang di saat yang tidak tepat ? Tidak tepat bagi saya , atau bahkan mungkin juga tidak tepat bagi awak .
Wahai ‘sayang yang bukan sayangku’, mengapa awak datang tiba-tiba dalam hidup saya tanpa sempat saya berlari untuk menghindari dan menjauhi awak ?
Tanpa sempat saya mendirikan tembok yang kukuh sehingga awak tak akan boleh memasuki hidup saya?
Wahai ‘sayang yang bukan sayangku’, saya sedar betapa diri awak tak boleh saya salahkan begitu sahaja . Bahkan saya selalu berhusnuzhan terhadap awak , kerana saya yakin awak pun mungkin tak menyedari bahawa awaklah penyebab semua ini .
Wahai ‘sayang yang bukan sayangku’ sebenarnya ingin saya tanyakan kepada awak banyak pertanyaan yang tak boleh saya temukan jawabnya , kerana hanya diri awal yang tahu jawapannya .
Betapa ku memohonkan kepadaMu .
Bila rasa yang pernah ada padaku untuk ‘sayang yang bukan sayangku’ adalah hal yang salah dan tidak Engkau redhai, ampunilah aku. Hamba-Mu yang berlumuran dosa ini.




Older Post | Newer Post