100% Copyright by Gadis Tanpa Nama
Powered by Blogger.
|
Penyesalan Cintaku
Untukmu , yang pernah singgah di hatiku , dan kini menjadi sebahagian daripada masa laluku . Maafkan aku , atas semua kebodohanku , yang pernah mengagumimu , yang pernah membiarkan perasaan ini berkembang , sehingga kau pun dengan mudah menyusup ke hatiku , menyemai benih-benih harapan dan janji , di atas nama cinta yang seharusnya belum layak tumbuh dan berkembang di sana .
Maafkan kebodohan hatiku , yang begitu mudah percaya semua yang kau tuliskan di atas sehelai janji , dan ketika ini janji-janji itu kau hapuskan begitu saja . Hatiku yang serapuh kaca in berkecai , pecah dan menjadi kepingan-kepingan luka dan kecewa .
Namun dengan sisa-sisa kekuatan yang ada, aku kumpulkan serpihan itu dan meletakkannya di dalam bilik hati ini , menyimpan dalam lautan doa dan istighfar atas kesedaran akan semua kuasa dan ajaranNya , membuatku tahu bahawa janji itu belum layak hadir di antara kita , kerana kau tidak layak untuk mendapatkan izin untuk menulisnya , selain sekirannya apabila kita telah berikrar di atas “AKAD NIKAH’ . Itulah janji yang seharusnya hadir di antara kita .
Maafkan untuk kelemahan akal dan fikiranku , yang pernah membiarkan hadirmu menguris semua rasaku , mengisi hati dan fikirku dengan bayangan-bayangan indahmu , di atas nama cinta . Cinta yang tak seharusnya kubiarkan hadir mengusikku iaitu bersama hadirmu .
Namun kini, semua kesalahan itu telah mampu kutebus , InsyaAllah . Aku kini mampu mengusir bayanganmu dari lubuk hatiku ini . Meskipun tak dapat kunafikan bahawa hadirmu kedalam hidupku pernah menjadi sebahagian memori terindah dalam hidupku , kerana dengan kehadiranmulah aku mampu menyedari kebodohanku , dan dengan hadirmulah aku mampu membaca kembali apa yang telah di ajarkanNya. Dan dengan hadirmulah , aku dapat membezakan mana yang boleh , mana yang jangan , dan mana yang belum layak kuraih .
Kini , yang ada adalah rasa syukur kerana pernah mengenalmu di masa lalu , meskipun aku telah mampu mengantikan hadirmu di masa lalu dengan hadirNYA , namun harus aku ucapkan “ Terima Kasih” padamu , keranamulah aku mencari dan merasakan indahnya CINTA yang sudah di ajarkanNYA . Cinta sejatiku .
Aku tak pernah membencimu, Aku tak pernah menyesal dengan kehadiranmu dulu , Dan aku tak pernah mampu melupakanmu , meskipun dirimu kini hanya jadi sebahagian dari MASA LALUKU .
“Kerana terlalu banyak HIKMAH yang kudapatkan saat kau hadir dan berlalu dalam kehidupanku.”
![]() ![]() |